Makkal sakhti demos kratos,
Rakyat mati kerajaan lobos.
#PuisiDarurat#LawanTetapLawan#LawanIntimidasi#LAWAN
Sunday, August 01, 2021
Pantun #LAWAN
Thursday, July 15, 2021
#PuisiDarurat 2021-07-15
Fathonah yang tenggelam dek fitnah
Amanah dianggap khianat
Pengkhianat dianggap amin
Bumi dihilang berkah
Rahmat diganti laknat
Nantikan sahaja azab yang dijamin
#PuisiDarurat
2021-07-15
Cyber 10, Cyberjaya
Wednesday, March 04, 2020
Gurindam geram marhaen
Korupsi kita kasi hapus
poliTIKUS boleh pergi mampus
Hanya datang bila raih undi
Lepas menang langsung tak peduli.
Lebai jahil rakus berdalil
Lebai mangkuk munafik alim
Jahil tukil dengus mengail
Ular senduk putik si zalim
Masa berkuasa lupa kawan-kawan
Dah jatuh berceramah sakan
Baru tahu siapa kawan sejati
Hang susah depa ingat lagi
Panggillah balik pembodek dan pengampu
Macamlah depa nak ikut hang lagi
Dasar kerek pengampu kuat merapu
Laba dikaut malam sampai pagi
Dean Mujahideen
Cyber 10, Cyberjaya
20200305
Tuesday, August 10, 2010
R.A.M.A.D.H.A.N
Alangkah baiknya pada bulan ini kita semua.
Wednesday, June 17, 2009
Resah,Gelisah dan Gundah
Jasad merasa gelisah
Jiwa dilanda gundah
Hiburkanku wahai biduan,
Bawakan hidangan dan minuman,
Hilang segala keresahan
Yang ada hanyalah keseronokan.
Bila jiwa dipenuhi cinta,
Hilang resah dan duka,
Hilang segala gundah gulana,
Mari kita bersuka ria.
Hilang segala perbezaan,
Tamat segala pertelingkahan,
Damai sesama insan,
Rahmat dari perbezaan.
Perbezaan itu pilihan wahai kawan,
Anugerah Illahi buat Insan,
PemurahNya wahai kawan,
Memberi kita pilihan dan kerinduan.
Banyaknya jalan yang menujuNya,
Beza insan dan jalan matlamatnya sama,
Bersama-sama ikut jalan KekasihNya,
Bersama-sama gembira bersuka ria.
Marilah kita bersama wahai kawan,
Berjalan bersama ke jalan cinta,
Moga jelaslah sekali wahai kawan,
Nikmat menjadi hamba sahaya.
Nukilan Flaming Firestonez
Wed 17 Jun 2009 08:46:41 PM MYT / 23 Jamadil Akhir 1430
Friday, May 08, 2009
Gila
gila pangkat
gila maksiat
gila harta
gila kuasa
gilakan dunia
Ada yang dianggap gila
Kerna memperbanyakkan namaNya
Marilah kita menjadi gila
Gilakan namaNya
Larilah dari dunia yang gila
Nescaya dunia
melutut di bawah telapak kakinya.
Nukilan Flaming Firestonez
9 Mei 2009/ 15 Jamadil Awal 1430H
Sunday, January 18, 2009
Ghazal untuk Gaza
Di balik tembok udara,
Terpenjara Gaza umpama neraka,
Belerang putih menggelap mata,
Membakar menyiksa tubuh tak berdaya.
Peperangan demi peperangan,
Pengkhianatan demi pengkhianatan,
Oleh bangsa dikutuk Tuhan,
Oleh manusia yang hilang Iman.
Ya Allah Ya Muntaqim,
Alahkanlah kaum yang zalim,
Ya Rahman Ya Rahim,
Tunjukkan kami jalan Mustaqim.
Nyalaan jihad takkan terpadam,
Gaza tetap di hati kami.
Semangat jihad penegak Islam,
Biar syahid ke sisi Illahi.
Bangkitlah pusaka Salahuddin Al-Ayubi,
Bangkitlah waris ‘Izuddin Qosam,
Bangkitlah semua mujahid Illahi,
Bangkitlah semua pejuang Islam.
Khaibar khaibar ya Yahud,
Jaisyu Muhammad Saufa Ya ud,
Nukilan: Flaming Firestonez
09:31PM 18/01/2009
Sajak Kematian II
Kematian itu lumrah,
Kematian ketetapan Allah,
Kematian mungkin seram,
Umpama malam yang kelam.
Tua atau muda,
Kanak-kanak atau remaja,
Keatian menanti sesiapa jua,
Bila ajal sudah tiba,
Kembali kita pada Yang Esa.
Ingatlah saudaraku akan kematian,
Saat kita bertemu Tuhan,
Bawalah bekalan secukupnya,
Agar tidak rugi di Sana.
Nukilan : Flaming Firestonez
18 Januari 2009 / 22 Muharram 1430 12:55 PM