Kembalilah Khilafah
1924 segalanya bermula,
Kecelakaan melanda dunia,
Umat Islam bertambah banyaknya,
Namun umpama buih di muara.
Jatuhlah pentadbiran ilham Yang Esa
Punah Khilafah dari dunia,
Dakyah mungkar mula melata,
Alpa insan dari JalanNya.
Kemiskinan kebuluran di sana sini,
Bencana alam silih berganti,
Peperangan yang tiada henti,
Kerna khilafah tidak berdiri.
Kembalilah Khilafah,
Kembali memimpin ummah,
Kembalilah Khilafah,
Kibarkan Al Liwa' wAr Rayah.
Kembalilah Khilafah,
Daulatkan Manhaj Nubuwwah,
Kembalilah Khilafah,
Tegakkan Hukum Syariah.
Walaupun Kuffar menyerang,
Walaupun munafiq menyimpang,
Janji Allah telah datang,
Hanya mukmin bersatu di belakang,
Kami menantimu wahai Khalifah,
Wahai warisan Khatamun Nubuwwah,
Kami berbaiat tanpa berlengah,
Hanya Allah kami berserah.
Walau merangkak di atas salji,
Walau dicerca dihamun dimaki,
Walau dipancung kafir harbi,
Kami tetap berada di sisi.
Nukilan: Flaming Firestonez.
No comments:
Post a Comment