Sunday, August 01, 2021

Pantun #LAWAN

Makkal sakhti demos kratos,
Rakyat mati kerajaan lobos.

Thursday, July 15, 2021

#PuisiDarurat 2021-07-15

Fathonah yang tenggelam dek fitnah Amanah dianggap khianat Pengkhianat dianggap amin Bumi dihilang berkah Rahmat diganti laknat Nantikan sahaja azab yang dijamin #PuisiDarurat

2021-07-15
Cyber 10, Cyberjaya

Wednesday, March 04, 2020

Gurindam geram marhaen


Korupsi kita kasi hapus
poliTIKUS boleh pergi mampus
Hanya datang bila raih undi
Lepas menang langsung tak peduli.


Lebai jahil rakus berdalil
Lebai mangkuk munafik alim
Jahil tukil dengus mengail
Ular senduk putik si zalim

Masa berkuasa lupa kawan-kawan
Dah jatuh berceramah sakan
Baru tahu siapa kawan sejati
Hang susah depa ingat lagi

Panggillah balik pembodek dan pengampu
Macamlah depa nak ikut hang lagi
Dasar kerek pengampu kuat merapu
Laba dikaut malam sampai pagi

Dean Mujahideen
Cyber 10, Cyberjaya
20200305

Tuesday, August 10, 2010

R.A.M.A.D.H.A.N

Rahmat yang mencurah-curah tiada henti.

Alangkah baiknya pada bulan ini kita semua.

Mengejar peluang yang telah diberi.

Anggota badan turut berpuasa selain mulut dan perut.

Datangnya bulan ini kita semua dengan

Harapan menggunung mengharap dengan penuh hina dina memohon Rahmat, Keampunan dan Jaminan-Nya

Allahu Allah. Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb. KupujiMu dengan KepujianMu terhadapMu sendiri. Subhanallahil 'Azimi wa Bihamdih.

NikmatMu jarang kusyukuri, tangan ini jarang menadah doa kepadamu. Di sini kumohon apa segala yang diminta oleh KekasihMu, Penaung Kami, Rasul Akhir Zaman Penutup Para Anbiya Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam, Segala Kebaikan di Dunia, Segala kebaikan di Akhirat dan JaminanMu dari AzabMu. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya Kau tidak Pernah Memungkiri janji.

-Lautan Hatiku-
1 Ramadhan 1431H / 11 Ogos 2010 11:43 AM




Wednesday, June 17, 2009

Resah,Gelisah dan Gundah

Hati merasa resah
Jasad merasa gelisah
Jiwa dilanda gundah

Hiburkanku wahai biduan,
Bawakan hidangan dan minuman,
Hilang segala keresahan
Yang ada hanyalah keseronokan.

Bila jiwa dipenuhi cinta,
Hilang resah dan duka,
Hilang segala gundah gulana,
Mari kita bersuka ria.

Hilang segala perbezaan,
Tamat segala pertelingkahan,
Damai sesama insan,
Rahmat dari perbezaan.

Perbezaan itu pilihan wahai kawan,
Anugerah Illahi buat Insan,
PemurahNya wahai kawan,
Memberi kita pilihan dan kerinduan.

Banyaknya jalan yang menujuNya,
Beza insan dan jalan matlamatnya sama,
Bersama-sama ikut jalan KekasihNya,
Bersama-sama gembira bersuka ria.

Marilah kita bersama wahai kawan,
Berjalan bersama ke jalan cinta,
Moga jelaslah sekali wahai kawan,
Nikmat menjadi hamba sahaya.

Nukilan Flaming Firestonez
Wed 17 Jun 2009 08:46:41 PM MYT / 23 Jamadil Akhir 1430

Friday, May 08, 2009

Gila

Ada macam-macam jenis gila
gila pangkat
gila maksiat
gila harta
gila kuasa
gilakan dunia

Ada yang dianggap gila
Kerna memperbanyakkan namaNya
Marilah kita menjadi gila
Gilakan namaNya

Larilah dari dunia yang gila
Nescaya dunia
melutut di bawah telapak kakinya.

Nukilan Flaming Firestonez
9 Mei 2009/ 15 Jamadil Awal 1430H

Sunday, January 18, 2009

Ghazal untuk Gaza

Di balik tembok udara,

Terpenjara Gaza umpama neraka,

Belerang putih menggelap mata,

Membakar  menyiksa tubuh tak berdaya.

 

Peperangan demi peperangan,

Pengkhianatan demi pengkhianatan,

Oleh bangsa dikutuk Tuhan,

Oleh manusia yang hilang Iman.

 

Ya Allah Ya Muntaqim,

Alahkanlah kaum yang zalim,

Ya Rahman Ya Rahim,

Tunjukkan kami jalan Mustaqim.

 

Nyalaan jihad takkan terpadam,

Gaza tetap di hati kami.

Semangat jihad penegak Islam,

Biar syahid ke sisi Illahi.

 

Bangkitlah pusaka Salahuddin Al-Ayubi,

Bangkitlah waris ‘Izuddin Qosam,

Bangkitlah semua mujahid Illahi,

Bangkitlah semua pejuang Islam.

 

Khaibar khaibar ya Yahud,

Jaisyu Muhammad Saufa Ya ud,


Nukilan: Flaming Firestonez

09:31PM 18/01/2009

Sajak Kematian II

Kematian itu lumrah,

Kematian ketetapan Allah,

Kematian mungkin seram,

Umpama malam yang kelam.

 

Tua atau muda,

Kanak-kanak atau remaja,

Keatian menanti sesiapa jua,

Bila ajal sudah tiba,

Kembali kita pada Yang Esa.

 

Ingatlah saudaraku akan kematian,

Saat kita bertemu Tuhan,

Bawalah bekalan secukupnya,

Agar tidak rugi di Sana.

 

Nukilan : Flaming Firestonez

18 Januari 2009 / 22 Muharram 1430 12:55 PM