Monday, June 23, 2008

Luahan Si Faqir

 

Bagaimana ingin aku katakan?

Resah dan gelisah melanda jiwa,

Mengapa hatiku tidak aman,

Walaupun hiburan merata-rata,

 

Baru ku tahu jahilnya diri,

Berhibur selalu selain denganNya,

Baru kutahu inginnya hati,

Untuk selalu bersamaNya.

 

Kumencari rahsia diriku ini,

Sampai kini tidak kutemu,

Melainkan ihsan asasnya diri,

Dadaku wajib diisikan ilmu.

 

Bimbingan mursyid aku patuhi,

Kerna mursyid wajibku ada,

Tanpa mursyid tak ke Jalan Illahi,

Melainkan Jalan Syaitan musuhNya.

 

Alangkah malangnya aku insan yang alpa,

Selalu lalai dari bersamaNya,

Namun RahimNya luas semesta,

Namun aku malu meminta.

 

Wahai Illahi ampunilah si Faqir,

Berbuat dosa tanpa berfikir,

Kutidak menyalahkan takdir,

Melainkan diriku jahil si pandir.

 

Wahai Illahi yang kurindu,

Izinkan daku si Faqir bertemumu,

Walaupun diriku hina dan malu,

Berikanlah aku taufiq,hidayah dan ilmu.

 

Selamatkanlah aku dari musuhMu,

Yang selalu menggoda diriku,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Faqir yang hina memohon restu...

 

Nukilan: Flaming Firestonez

Selasa, 24 Jun 2008, 9:44:08

Saturday, June 07, 2008

Kembalilah Khilafah

Kembalilah Khilafah


1924 segalanya bermula,

Kecelakaan melanda dunia,

Umat Islam bertambah banyaknya,

Namun umpama buih di muara.

Jatuhlah pentadbiran ilham Yang Esa


Punah Khilafah dari dunia,

Dakyah mungkar mula melata,

Alpa insan dari JalanNya.


Kemiskinan kebuluran di sana sini,

Bencana alam silih berganti,

Peperangan yang tiada henti,

Kerna khilafah tidak berdiri.


Kembalilah Khilafah,

Kembali memimpin ummah,

Kembalilah Khilafah,

Kibarkan Al Liwa' wAr Rayah.

Kembalilah Khilafah,

Daulatkan Manhaj Nubuwwah,

Kembalilah Khilafah,

Tegakkan Hukum Syariah.


Walaupun Kuffar menyerang,

Walaupun munafiq menyimpang,

Janji Allah telah datang,

Hanya mukmin bersatu di belakang,


Kami menantimu wahai Khalifah,

Wahai warisan Khatamun Nubuwwah,

Kami berbaiat tanpa berlengah,

Hanya Allah kami berserah.


Walau merangkak di atas salji,

Walau dicerca dihamun dimaki,

Walau dipancung kafir harbi,

Kami tetap berada di sisi.


Nukilan: Flaming Firestonez.