Hati merasa resah
Jasad merasa gelisah
Jiwa dilanda gundah
Hiburkanku wahai biduan,
Bawakan hidangan dan minuman,
Hilang segala keresahan
Yang ada hanyalah keseronokan.
Bila jiwa dipenuhi cinta,
Hilang resah dan duka,
Hilang segala gundah gulana,
Mari kita bersuka ria.
Hilang segala perbezaan,
Tamat segala pertelingkahan,
Damai sesama insan,
Rahmat dari perbezaan.
Perbezaan itu pilihan wahai kawan,
Anugerah Illahi buat Insan,
PemurahNya wahai kawan,
Memberi kita pilihan dan kerinduan.
Banyaknya jalan yang menujuNya,
Beza insan dan jalan matlamatnya sama,
Bersama-sama ikut jalan KekasihNya,
Bersama-sama gembira bersuka ria.
Marilah kita bersama wahai kawan,
Berjalan bersama ke jalan cinta,
Moga jelaslah sekali wahai kawan,
Nikmat menjadi hamba sahaya.
Nukilan Flaming Firestonez
Wed 17 Jun 2009 08:46:41 PM MYT / 23 Jamadil Akhir 1430